Friday

Boxing day!

Hari ni Christmas. Tapi tak ade pun yang special. So lepak rumah je.
Takde tv so surf tenet je. Kalau ade tv, happening sikit la kot.
*tak amik tv sbb jarang duduk rumah and kena bayar lesen tv. ceit!

Kelmarin, 23/12 pergi college. Semangat nak buat kerja. Sekali pak guard datang kata nak tutup college. Bole?

Tahun lepas takde plak nak tutup bagai. Cuma biasa la on 25th, 26th and 27th tahun lepas tak datang pun sebab 25th transport totally takde and 26, 27 confirm la nak shopping.heeeeeeeee~

So 23/12 aritu half day kat college then chow balik rumah with my hubby.

24/12 mati kutu kat rumah.hahahaha! nak keluar jalan2 giler hape! SEJUK! Dah tu pulak 2-2 demam.

Arini laki bini demam lagik. Bini nye pulak ade additional sakit. senggugut!

Owh!!! Hopefully by tomorrow laki bini sihat la..nak meredah orang ramai kat kedai on Boxing day.

So harini official day utk berehat as preparation utk esok. =)))

* benci nye camera tertinggal kat college. Yang ade just video cam. Burggghhhh!!
Read more "Boxing day!..."

Monday

Mekap pengantin and mini announcement (mini??!! bole??)

Selamat pengantin baru ku ucapkan kepada kawan-kawan ku yang kahwin sempena cuti sekolah ni (even diorng tak baca blog ni, abaikan..asal wish sudeyyy.)

Okeh.

Aku ni suka giler tengok gambar org kawen. Isk. Tak tahu nape. Kat FB aku suka tengok. Kat blog pun aku suka tengok. Pendek kata memang suka lah (pendek yang kata, panjang rilek aje) sampai siap kena tegur ngan my husband lagik. Ekeke~

Then tengah skodeng2 internet, TER jumpa lah gambar aku makandam yang kat kuantan masukkan dalam blog dia. Ok.memang gambar kenduri kat kuantan aku tak upload sebab err..bak kata Mommy Qastalani, dia pun tak kenal sape pengantin perempuan tu. refer sini, dan sini. Gomak habis. Aku redha je. Nasib baik sama muka same kaler ngan tangan. Idak la malu bebenor tapi tu la..Isk.

Paling aku rasa ralat dengan mekap tu, ialah part mata. Bulu mata dia mak aihh!! macam dalam character sesame street.

Aku: Ada bulu mata lain tak? ni macam err..lebat and panjang sangat.

Tukang mekap: Kenapa? nak yang lain ke?

Aku: A'ah. Ada?

Tukang mekap: Tak ade.


Waaaa!!! Apsal la aku gi pulangkan bulu mata palsu yang mak andam Ipoh tu padahal mak andam Ipoh dah kata tak payah pulangkan pun tak ape. Tsk. Susah nak angkat mata. Maklumlah tak biasa pakai bulu mata palsu kan. Ni second time *first time masa kenduri Ipoh. Then sedebuk kasik yang berat punye. Hehe~

Tapi mende dah jadi. Pukul 2.30pm, aku dah mintak tolong biras aku tolong lapkan muka and conteng sket2 muka ngan foundation and eye liner je.

Sebab masa kat khemah pengantin, laki aku dok ulang cakap mende yang sama je
"Eh! kenapa line kat hidung u hitam?(shading hidung aku rase)
, Eh! putih sgt mekap u ni"
Mau tak rase nak cuci muka?
Sib baik my MIL kata "Dah2 pergi la tukar baju kalau nak tukar. Mak tengok Amer tu pun dah runsing pakai baju tu" *kebetulan masa malam sebelum kenduri tu, mata kanan my husband kena gigit bug. So hari kenduri tu mata dia bengkak sket. Malam kenduri, bengkak gile sbb dia asyik gosok mata dia tu.And hari kenduri tu hujan.

Aku pun ape lagi, menyambut cadangan MIL dengan gembiranye..hehe~

So ni ade a few photos of me. Gmbar dari mak andam di kuantan. (tapi dalam gambar, turn out jadi ok la pulak =p . Edit maybe)


Abg ipar aku siap sakat aku lagi pasal bulu mata kemain panjang nye.



Masa makan beradab


Last photo with my hubby sebab lepas tu dia xnak dah mak andam tu amik gambar dia. Bole??



Aku bgtau mak andam tu, tak pe, kalau laki aku tak mau, meh amik gambar aku koya sorang2..Hahaha!


So most of the photos, aku le main character nye.ekeke~





Last weekend managed tu pegi shopping sket2. But will try to get some more nanti and will upload kat blog ok? =)) Read more "Mekap pengantin and mini announcement (mini??!! bole??)..."

Friday

Kemalangan jiwa


"Pengantin baru antara 4 maut dalam nahas kereta-bas

KANGAR: Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun, berkata pengantin yang terbunuh dalam kejadian pada 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul Kadir, 23, seorang jurutera.

Turut terbunuh ialah ibu bapa Mohd Ariff iaitu Abdul Kadir Awang, 53, dan Aspah Osman, 58 serta seorang jurugambar, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd Ariff.

Katanya, semua mangsa yang menetap di Taman Melati Indah dekat sini sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit, Kedah.

Mereka terbunuh di tempat kejadian manakala 27 penumpang serta pemandu bas yang datang dari arah bertentangan menghala Kangar tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zull Aznam berkata, tayar kereta yang dipandu Abdul Kadir, seorang pesara pembantu makmal Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra itu, dipercayai pancit menyebabkan kenderaan yang sedang menghala arah Beseri itu tidak dapat dikawal lalu bertembung dengan bas pesiaran yang membawa pelancong dari Selangor itu.

"Kami masih menyiasat punca kejadian. Pemandu bas itu juga telah direkodkan kenyataannya," katanya semasa ditemui di rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabila dibanjiri ratusan sanak saudara mangsa manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah turut dipenuhi orang ramai.

Kerja gotong royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlis perkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya, Teh Hafifah Shahirah Abdul Hamid, 23, dibatalkan.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Perlis, Jamsari Jamaluddin, yang juga jiran kepada mangsa berkata semua mangsa sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit dan majlis kenduri perkahwinan Mohd Ariff dijadualkan Ahad ini. - Bernama"

Al-Fatihah aku sedekahkan kepada mangsa kemalangan. Amat menyayat hati tambahan pulak pengantin lelaki baru lepas lafazkan akad 4 jam sebelum.

Dok browsing2, terjumpa blog ni. Korang baca la. Bekas jiran yang rapat dengan keluarga mangsa. Sini dan sini='(


Read more "Kemalangan jiwa..."

Thursday

Angin kus-kus


Okeh..korang hangin tak.

If korang ada kawan (kawan yang memang kita dah kenal lama)...

Then dia mintak tolong belikan barang..

Then dia kata dia akan bayar balik..

Ok fine..

Sebelum ni dia pernah mintak tolong jugak..

Tapi bila dah passing barang...buat derk aje..

Tapi sempat dia cakap terima kasih.

Aku nak mintak pun segan. Haihh..

Skarang mintak tolong belikan barang yg harga lagi 'up' dari yang barang dulu.

Katanya "ko guna duit ko dulu, nanti aku bayar balik"

Haruskah aku korban kan duit aku untuk kawan yang telah lama ku kenali?

Korbankan duit perbelanjaan aku sendiri?

Pening eden!


Read more "Angin kus-kus..."
 

Great Morning ©  Copyright by .:: Cheap and Affordable ::. | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks