Friday

Seminggu itu tidak cukup.

Assalamualaikum! =)

Haritu balik Malaysia. Haritu tu ialah masa hari raya. =)

Jadi katanya ke Barcelona. Pulang dari Barcelona dan sampai London pukul 3am 9 September 2010. Malam tu tak boleh tidur sangat mengenangkan barang tak kemas lagi. Isk!

Walaupun tak tidur sangat, tapi tetap tidur. Bangun je teringat pulak kain tak basuh lagi. Duh!

Pegi basuh kain, dry kan terus. Sambil tu punggah balik barang dari dalam bag and susun elok2. Sebab sebelum ke Barcelona haritu, just sumbat je barang dalam bag sbb takut tak sempat packing. Tengok2 mmg betul. Memang tak sempat packing. Rupanye banyak barang yang TERlupa nak bawak balik. Termasukla chocolate yang adik aku pesan. Dia pesan berzaman kot. Sebulan sebelum balik aku gigih ke Sainsbury utk beli choc tu. Letak dalam fridge. Pastu lupa nak masukkan dalam bag. Perfect!

Aura panik dah datang. Dah pukul 11.30am aku belum abis packing. Baju tak gosok lagi. Flight pukul 2.30pm. At least check-in nak awal around 12.30pm sbb ingat nak ke Harrods duty free yang kat airport tu. Luggage banyak. Nak naik tube ke Heathrow terminal 3 will take about an hour nak sampai. Macam mana, macam manaaaaaa!!! *Think! Think!*

Fine! Ambik phone and guna application Poynt yang dah di install kat BB and call car hire. *application ni mmg very useful ^_^b * Suruh dia datang 12.15pm and terus ke airport. Perasan jadi orang kaya sekejap. Sbb kereta besar bagak. Merc yg van version ape ntah namanye aku sorang je. Hehe. Pastu plak ade driver. Ape ke tak perasan jadi org kaya. ;P

Before 1pm dah sampai airport. Pheewwww! Alhamdulillah. Kalo idak nangis la aku sbb kena tinggal flight. Itu pun haruslah terbang GBP35 sbb dah tadi nak perasan org kaya sangat kan. ;)

Sampai KLIA hari raya pertama. Pukul 4pm. Terus gerak ke Ipoh. Sampai dalam 8pm sebab drive slow2. Hujan lebat. *Biar lambat asal selamat* Penat I tell u... Sebab ape tau. Sebab sampai2 je Ipoh, mak aku masak untuk orang datang makan. Melayan orang sampai kul 12am+. Cuba bayangkan. Isk.

Ni masa tolong kat dapur utk hidang kepada tetamu yang datang

Esoknya tok aku ada buat kenduri tahlil untuk arwah Tokwan. Malam nye ade BBQ. And badan dah start2 menunjukkan tanda mahu demam.

BBQ kat rumah tok

Hari raya ke 3 (hari Ahad) ke Bagan Serai. Rumah opah husband aku.Aku demam. Husband kata takyah la pegi rumah Opah. Tapi aku nak pegi jugak. Cucu derhaka apa taknak gi melawat. Dah la tak penah pegi since kawen. Lepak sana sampai petang. Sampai tertidur2 la sebab penat sgt. Malu okeeehhh!! Opah prepare lunch tapi sayang, aku tak dapat rasa pun apa rasanye kari daging tu. Ni first time demam yang bila makan, takde rasa. =(
Bertolak dalam pukul 5.30pm. Bagan serai -Ipoh bukan la jauh sgt. Dalam sejam setgah gitu. Tapi kitaorng smpai Ipoh dekat kul 10pm. Sebab jam teruk dari Bagan Serai ke Sg Perak.
Sampai2 mak aku suruh ke rumah makcik utk beraya. 2 rumah kitaorng pegi. Aku dan husband redha walaupun rasa nak pengsan. Bayangkan demam+ jetlag+ penat+ semua rasa ada!

Esoknya raya ke-4 (Monday) bertolak ke Kuantan. Rumah mak mertua. Sampai Kuantan baru rasa lega sket. Sebab itinerary tak pack sgt macam kat Ipoh. Phewwww!

Raya ke -5 (Tuesday) lepak rumah satu hari. Demam lagi but dah kebah a bit. Nak keluar tapi my hubby kata cuba la lepak rumah. *tapi dia pegi keluar ok* Ok la. Taat..taat itu penting ;)
Betul jugak. Balik nak ziarah ibubapa. Bukan keluar berumbaa. Hehe Tapi petang tu gamak dia tengok bini nye berduka aje so dia ajak keluar. Ekekeke. Lepas keluar singgah rumah sedara mara di Kuantan.

Raya ke-6 (wednesday) dekat nak tengahari keluar sbb nak ke JPJ. Then terus ke East Coast Mall (ECM). Sempat beli kasut je 2 pasang. Malam ke rumah Maklong kat Kuantan jugak.

Ternampak my best friend kat ECM. Hehe. Itu pun husband aku yang perasaan. Dok menjerit la aku memanggil dengan takde suara nye dari dalam kedai hehe.

Khamis balik semula ke Ipoh. Smpai2 Ipoh, mak ajak ke rumah saudara. Waaaaaaaaa!!! Penat mak! Penat! Tapi ziarah juga even penat sbb mmg dah berniat balik raya ni ke rumah makcik ku itu. Nak bagi duit raya kat anak2 nye.

Jumaat buat itu ini dah tengahari. Petang keluar ke Ipoh Parade + JJ. Tu pun tak sempat nak shopping baju sbb adik yang bongsu plak sibuk nak beli barang dia. Sbb esok pagi-pagi diorng nak ke JB nak hantar di balik STF. haihhh~ melepas2. Padahal dah aim baju best kat JJ. =(

Sabtu pagi pegi saloon potong rambut bla bla.. Sabtu petang dalam pukul 4pm kitaorng laki bini dah ke Concorde. Tidur sana semalam. Sebab Ahad pagi flight ke London.


Hari Ahad. Balik time! Bye-bye semua. X0X0!

Huisshhh..lepas aku baca balik apa yang aku dah buat masa seminggu balik haritu, tobat dah teman nak balik Malaysia seminggu ajeeeeeee!!!! Abang ipar teman udah nasehatkan dah. Katenye jgn balik masa raya. Memang penat!

Okay Abg Yul! Your advice tu memang benaarrrr!!!! Hehe.

Thanks sebab baca tentang " Diari hidupku ketika pulang beraya di Malaysia". Syabbas bette! ;P

2 orang yang baik hati:

Melody said...

oh my feela...aku baca aku yg semput..perghhh...

F . E . E . L . A said...

oh my myn!! memang semput. ;P
Syabas kerana dapat membaca sampai habis. hehe

 

Great Morning ©  Copyright by .:: Cheap and Affordable ::. | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks